Total Pageviews

Saturday, July 14, 2012

UDANG VS KONDOMINIUM...SIAPA YG MENANG DAN BENAR?


MACAM2 HAL SEKARANG NIE...UDANG VS KONDOMINIUM PUN ADA...ENTAHLAH APA NAK JADI DGN. MEREKA2 NIE YG KITA HARAP-HARAPKAN MENJADI WAKIL PEMBELA KITA INSAN YG BERGELAR RAKYAT...TAPI LIHAT DAN RENUNGKAN LAH APA YG MEREKA BELA UNTUK KITA SEMUA...TEPUK DADA TANYA AKAL FIKIRAN KITA YG MASIH WARAS NI...JANGAN SAMPAI KAMI SEMUA RAKYAT TIDAK LAGI MEMBERI SOKONGAN KEPADA ANDA SEMUA UTK MEMBELA KAMI LAGI DI MASA AKAN DATANG!!!!!!

Noh dakwa penyelewengan 2 perumahan di Sekinchan
8:52PM Jul 13 2012 
Anggota Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa berlaku penyelewengan dalam dua projek perumahan di Sekinchan di Tanjong Karang, termasuk melanggar dasar yang ditetapkan pihak berkuasa.

Beliau mendakwa projek pembinaan Kondominium Sekinchan Perdana di sini dibina tidak mengikut dasar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) yang menetapkan setiap pembinaan di atas 0.4 hektar tanah hanya boleh membabitkan 60 unit rumah.

"Malah mengikut dasar itu, rumah yang dibina tidak boleh melebihi 12 tingkat," dakwa Noh dalam satu sidang media selepas melancarkan dua produk Agrobank Paddy-i dan Paddy Cash-i di Tanjong Karang hari ini.

Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, mendakwa pembinaan kondominium itu membabitkan 94 unit rumah dengan ketinggian 18 tingkat jelas tidak mengikut dasar yang ditetapkan JPBD.

Beliau turut mempersoalkan penjualan 24 unit rumah di Pangsapuri Damai di Taman Sekinchan Damai yang sepatutnya diperuntukkan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam tetapi dijual kepada sebuah syarikat swasta. 

"Saya bertanya dan saya harapkan jawapan. Ini bukan tuduhan tetapi pertanyaan yang memerlukan penjelasan," kata Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Noh berkata ADUN Sekinchan Ng Sue Lim perlu memberi penjelasan mengenai perkara itu memandangkan projek berkenaan berada dalam kawasannya.

Noh berkata perkara itu juga sepatutnya dibawa ke Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) sekiranya kerajaan negeri benar-benar mengutamakan ketelusan.

-Bernama




Penternak udang: Noh Omar cuma tuan tanah
  • Wong Teck Ch
  • 11:30AM Jul 13 2012
 
Pengarah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd Chu Bak Teck menafikan dakwaan bahawa beliau bekerjasama dengan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dalam perusahaan menternak udang.

Chu ketika dihubungi malam tadi berkata, Noh hanyalah pemilik kepada sebahagian daripada tanah 100 ekar yang menjadi tapak projek ternakan udang di Tanjung Karang itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Chu berkata syarikatnya merupakan penyewa tanah berkenaan.

Katanya, beliau terkejut apabila syarikatnya diheret ke dalam kancah politik di antara ADUN Sekinchan Ng Suee Lim dan Noh yang merupakan MP Tanjung Karang dan juga menteri pertanian dan industri asas tani.

"Saya tidak faham mengapa (Ng) kata perkata seperti itu dalam DUN. Saya terkejut. Kenapa dia buat begitu? Ini (kerja) gila," katanya.
[Baca berita penuh]



DAP dakwa ada projek udang atas 30 ekar tanah Noh Omar
  • Leven Woon
  • 8:13PM Jul 12 2012
 
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang pada tahun lalu.

Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang - seluas kira-kira 15 padang bola - yang dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.

NONEDalam perjanjian tersebut, Noh memberi kebenaran kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk mengusahakan ternakan udang di tanah tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.

Perkara itu jelas merupakan satu konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio menteri berkenaan, dakwa Ng.

Ng membuat pendedahan tersebut ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka. Usul itu kemudiannya diluluskan.

Seorang pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah berkenaan.
Chua berkata, tanah milik Noh itu adalah sebahagian daripada tempat ternakan udang itu yang seluas 100 ekar.
Usaha untuk menghubungi Noh bagi mendapat komen beliau tidak berhasil manakala soalan mengenainya melalui SMS belum dijawab.
Berdasarkan dokumen rasmi dari Ng kemudiannya, Noh telah membeli tanah tersebut, Lot 26426 di Bagan Tengkorak, pada tahun 1995.

Satu sijil pemilikan dikeluarkan oleh Pendaftar Hakmilik Tanah Selangor pada September 2009, lima bulan selepas Noh telah dilantik ke jawatan kabinet sekarang.
[Baca berita penuh]





No comments:

Post a Comment