Total Pageviews

Saturday, July 14, 2012

LELONGAN OREN DI KUALA LUMPUR HARI INI

Maka seperti yang di katakan semalam...Perhimpunan Oren telahpun menutup tirainya hari ini dengan atas dasar untuk menyerahkan Memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong Di Istana Negara.
Di katakan seramai 5,000 orang peserta mengikuti Himpunan Oren ini yang berjalan dan berarak dari pintu Masjid Wilayah Persekutuan untuk menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan Memorandum kepada Yang  Di Pertuan Agong bagi membantah atas beberapa perkara terhadap Felda.

Perarakan yang bermula jam 2.20 petang itu di ketuai oleh Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Peneroka  Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan Naib Presiden Salahuddin Ayub.

Sambil berarak mereka melaungkan slogan '' Pecat Isa Samad'', '' Bebas Peneroka '', dan " Hancur Najib".
Peserta perarakan di kawal ketat oleh Anggota Unit Amal Pas yang membuat rantaian manusia dibahagian hadapan.

Gambar ini menunjukkan peserta Perhimpunan Oren sedang berarak menuju Istana Negara yang bermula dari Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah dan seterusnya ke Jalan Dutamas 1-Jalan Sri Hartamas 1.
Pehak Polis Diraja Malaysia telah membuat sekatan lebih kurang 600 meter daripada Istana Negara sepertimana yang dipersetujui mereka semalam antara Penganjur dan Pehak Polis.


Tapi seperti apa yang dilihat dalam gambar di atas, ,asih ada juga peserta yang membawa kanak2 dalam perhimpunan walhal telah dimaktubkan dalam apa jua perhimpunan kanak2 adalah dilarang untuk turut serta atau dibawa bersama apatah lagi mereka yang berumur dibawah 15 tahun.Bagi pehak polis mereka akan menyiasat perkara ini dan akan membuat tindakan susulan kemudian.
Perhimpunan ini dikatakan aman seperti yang dirancangkan dan tidak ada apa2 kekecohan yang tidak diingini berlaku.
Mazlan Alimin yang mengetui perhimpunan ini berucap kepada para peserta bahawa mereka akan melawan "Habis-Habisan" walaupun FGVH telah tersenai di Bursa Saham Malaysia.Katanya lagi selagi BN tidak membatalkan penyenaraian FGVH mereka tidak akan berhenti melawan habis-habisan katanya.Mereka juga akan menyaman Najib mungkin RM80 juta atas kerana kata mereka PM Najib telah mengeluarkan dan mengelarkan mereka yang terlibat seramai 8 orang ini sebagai Haram Jadah. Kata mereka lagi bahawa setakat ini para peguam mereka sedang meneliti pada peringkat akhir untuk menyaman Suruhanjaya Sekuriti atas sebab membenarkan penyenaraian.
Gambar di atas kelihatan Unit Anggota Amal Pas sentiasa membuat pemantauan dan rantaian manusia untuk memastikan tidak ada apa2 kejadian yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan ini.

Gambar dibawah ini pula menunjukkan Mazlan menunjukkan Memorandun yang akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dan disebelahnya kelihatan Mohamad Sabu.

Antara kandungan Memorandun mereka adalah seperti berikut:

- Felda Global Ventura Holdings (FGVH) didakwa menyebabkan pemilikan dan penguasaan peneroka   keatas tanah felda dan aset yang lain berpindah kepada pelabur dan bukan peneroka.

- Pemajakan tanah felda kepda syarikat swasta didakwa menyalahi Akta Penempatan Berkelompok ( Group Settlement Act ) 1960.

- Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad hilang intergriti apabila dijatuhi hukuman bersalah oleh Lembaga Displin Umno kerana didakwa terlibat dengan rasuah.

Mazlan dalam sidang medianya selepas itu mengucapkan terima kasih kepada pehak Polis Diraja Malaysia atas kerjasama mengawal perhimpunan tersebut dengan baiknya sehinggalah mereka bersurai tepat jam 4 petang.


No comments:

Post a Comment