Total Pageviews

Sunday, March 3, 2013

Indonesian mother kills son over 'small penis'

An Indonesian woman drowned her nine-year-old son in the bath, claiming she was worried that his "small penis" would affect his prospects for the future, a police spokesman said Thursday.

The 38-year-old woman from the capital Jakarta told police her son had had a small penis prior to being circumcised, but that it appeared to shrink further after the operation, police spokesman Rikwanto, who goes by one name, told AFP.

"She told police investigators that she killed him as he would have a bleak future with his small penis," Rikwanto said.

"She drowned her son in a bathtub filled with water. She then dressed him and laid him on a bed. After that, she went to a nearby police office to report her crime."

Rikwanto said the woman was fully conscious of what she had done, but police ordered a psychological test to assess her mental condition.

Dr Mahathir: Saya beri kerakyatan ikut undang-undang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa pentadbirannya.

Namun katanya, pemberian kerakyatan itu dilakukan mengikut undang-undang.

Menurutnya, apabila menjadi perdana menteri, beliau berkuasa dalam menentukan pelaksanaan dasar- dasar kerajaan.“Malaysia menerima rakyat asing menjadi warganegara jika mereka memenuhi syarat- syarat tertentu dan ramai (rakyat asing) yang berada di Sabah melebihi 20 tahun dan bercakap dalam Bahasa Melayu.

“Mereka( rakyat asing) berhak menjadi rakyat dan yang menjadi masalah ialah ada orang tidak senang jika ada orang lain menjadi rakyat Malaysia walaupun mereka (rakyat asing) memang tinggal di Malaysia. Itu yang menimbulkan masalah,” katanya pada sidang media selepas program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Beliau berkata, rakyat asing berhak mendapat kerakyatan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.

“Saya bagi di zaman saya (menjadi perdana menteri) kerana mereka berulang alik dari selatan Filipina ke Sabah tidak menerima sempadan Sabah yang digariskan penjajah.

“Di Sumatera dan Semenanjung, kita menerima rakyat asing ini sebagai rakyat di sini,” katanya.

Dr Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melakukan perkara lebih teruk dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

“Dia (Tunku Abdul Rahman) beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

“Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,” katanya.