Total Pageviews

Saturday, July 21, 2012

ISU-ISU SEMASA UMNO DAN PAKATAN SEMATA2 UTK PRU13

LIHATLAH SAMA-SAMA TENTANG ISU-ISU YANG BOLEH DIKATAKAN SETIAP HARI BERMAIN DALAM PERSEKITARAN KITA DIMALAYSIA SEKARANG. ANEHNYA MENGAPA BARU SEKARANG MAHU DITIMBULKAN ISU-ISU YANG SEBEGINI KEPADA KITA SEMUA RAKYAT. SUDAH TENTU KITA SEBAGAI RAKYAT MENANGGAP INI HANYALAH GIMIK2 POLITIK YANG MAHU MENJATUHKAN ANTARA SATU DENGAN LAIN.

KALAU TAKKAN PRU13 AKAN MUNCUL, KITA PERCAYA TAKKAN ADA MEREKA-MEREKA INI ADA YANG TAMPIL KEHADAPAN UNTUK MENJADI JAGUH RAKYAT KONONNYA UNTUK MENYELAMATKAN HAK RAKYAT. PELIK BIN AJAIB PERANGAI MEREKA-MEREKA INI, ENTAHLAH APA AKAN JADI NASIB KITA SEMUA RAKYAT KALAU SENTIASA MENJADI BEGINI...KERANA YANG MENJADI MANGSA ADALAH KITA SEMUA RAKYAT...

ANTARA ISU-ISU YANG PANAS SEPERTI KERATAN AKHBAR MILIK MEREKA BIBAWAH INI:

Utusan Malaysia 21/7/2012


KUALA SELANGOR 20 Julai - Bayaran terlebih bayar yang dibuat kerajaan negeri untuk membeli tanah daripada Talam Corporation Bhd. (Talam) di Bestari Jaya di sini, bukan sebanyak RM42 juta seperti yang didakwa sebelum ini sebaliknya RM100 juta lebih mahal.
Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong hari ini sewaktu membawa sekumpulan media melihat sendiri tanah seluas 916 hektar berkenaan di Bestari Jaya, di sini.
Tee Yong mendakwa, maklumat itu diperoleh berdasarkan laporan kewangan Kumpulan Hartanah Sdn. Bhd. (KHSB) pada 2009 yang juga memiliki tanah di kawasan sama.
"Pada 2010, kerajaan negeri telah membeli tanah tersebut dengan harga RM181 juta atau bersamaan dengan RM80,000 seekar (0.4 hektar) sementara laporan kewangan KHSB yang juga memiliki tanah di kawasan sama pula menilai tanah tersebut pada 2009 dengan harga RM36,000 seekar.
"Sekiranya penilaian KHSB itu boleh dianggap tepat ia bermakna jumlah keseluruhan tanah tersebut adalah RM81 juta dan ini menunjukkan kerajaan negeri terlebih bayar sebanyak RM100 juta daripada harga pasaran," dakwanya.
Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun dan Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi.
Pada 5 Julai lalu, Tee Yong mendakwa, kerajaan PKR Selangor membeli tanah sama dengan harga RM42 juta lebih tinggi berbanding harga pasaran dan dakwaan itu dibuat berdasarkan penilaian Talam sendiri.
Dua hari selepas itu, Ahli Parlimen DAP, Tony Pua pula mengakui perkara berkenaan.
Mengulas lanjut, Tee Yong berkata, apa yang lebih memeranjatkan jumlah keseluruhan tanah berkenaan sebanyak 438 ekar (177 hektar) daripadanya merupakan lombong yang dipenuhi dengan air dan 575 ekar (232.7 hektar) lagi didapati terletak dalam kawasan hutan simpan.
Sehubungan itu, katanya, tanah tersebut langsung tidak memberi pulangan menguntungkan sebaliknya lebih banyak kerugian kepada kerajaan negeri.
"Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kawasan tanah tersebut langsung tidak ada pembangunan atau infrastruktur asas," jelasnya.
Pada masa sama, Tee Yong mempersoalkan tindakan kerajaan PKR Selangor itu kerana ia merupakan pembaziran wang rakyat.
"Bagaimana kerajaan negeri membuat penilaian terhadap harga tanah terbabit dan mengapa mereka sanggup membuat pembayaran yang begitu mahal kepada Talam meskipun mengetahui tanah itu tidak memberi pulangan," soalnya.
Tee Yong berkata, pihaknya bersedia mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya diminta untuk membantu siasatan.

Media Selangorku 21/7/2012


PETALING JAYA, 21 JULAI : Menteri Besar Selangor menganggap siri tuduhan yang dilemparkan MCA sebagai rhetorik politik kerana kenyataan parti Umno-BN itu tidak konsisten dan sering berubah-ubah.
Oleh itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mahu menunggu jawapan daripada firma yang telah dilantik untuk menjalankan audit terhadap proses kutipan hutang Talam bagi menyangkal tuduhan Umno-BN.
“Saya sudah beritahu sebagai professional, saya telah minta akautan bertauliah untuk buat rekod itu dan dia sedang buat.
“Bila sudah dibuat dan siap maka kita bincanglah. Kalau Chua pandai, pandailah tetapi jangan buat nombor bergerak-gerak (bertukar-tukar) daripada RM100 juta, RM40 juta, RM1 bilion,  jadi ini lawannya boleh jadi dalam politik.”
Abdul Khalid berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan terbahru Pengerusi Biro Professional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong yang mengatakan Kerajaan Selangor telah membayar lebihan RM100 juta untuk satu lot tanah di Bestari Jaya.
Pengambilan tanah tersebut sebahagian daripada perjanjian penyusunan semula hutang Talam Corporation yang kini dikenali Trinity Corporation Berhad.
Pada 13 Julai, Kerajaan Selangor berkata akan melantik lima syarikat audit bagi meneliti proses pengambilan hutang Talam Corporation bernilai RM 392 juta.
Audit daripada syarikat yang tidak berkepentingan itu bagi menyangkal tomahan dari Umno-BN bahawa proses kutipan hutang tersebut menyeleweng duit rakyat.
“Kita mentadbir negeri secara professional jadi tunggulah, saya tunggu hasil kajian akauntan bertauliah.
“Kalau dia (Chua) tak faham nanti akauntan itu akan terangkanlah,” katanya dalam sidang media di majlis perjumpaan dengan pembeli rumah kos rendah PJS1 di Bangunan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.
Sebelum ini Chua mendakwa Kerajaan Selangor telah menyeleweng sebanyak RM 1 billion di dalam penstrukturan semula hutang Talam.
Bagaimanapun, selepas dakwaannya disangkal oleh Kerajaan Selangor dan MP Petaling Jaya Utara Tony Pua, Chua pula menukar dakwaannya yang Kerajaan Selangor rugi RM 42 juta.
“Itu politik MCA lah. Itu sahaja,” kata Abdul Khalid mengenai tuduhan yang saling bertukar dari MCA itu.
Malaysiakini 21/7/2012
S'gor usaha pecat CEO, pengerusi SYABAS
11:22PM Jul 20 2012 
Kerajaan Selangor akan mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya.

Keputusan itu diambil ekoran kedua-dua pihak itu didakwa tidak hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri.

"Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun," kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Berikut kenyataan penuh Khalid:
Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS.

Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS.

Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:

1. Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan;
2. Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari 2012 hingga sekarang;
3. Unjuran permintaan air yang disediakan oleh SYABAS;
4. Maklumat mengenai paras kolam utama(balancing reservoir-terminal reservoir-service reservoir);
5. Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air ;
6. Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW;
7. Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air;
8. Cadangan penyelesaian yang dirancang oleh SYABAS ke atas masalah yang dibangkitkan; dan
9. Emergency response plan yang disediakan oleh pihak SYABAS.

Berdasarkan kepada hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh jawatankuasa ini selama tiga hari, kerajaan negeri Selangor merumuskan bahawa:

1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun.

2. Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.

Langkah yang diambil kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

Kerajaan Selangor yakin kerajaan persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Media Selangorku 21/7/2012
PETALING JAYA, 21 JULAI : Antara gaji bulanan yang akan diberhentikan kata Menteri Besar, adalah Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana tidak menjalankan tugas sepertimana dipertanggungjawabkan.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata walaupun pengerusi eksekutif itu dibayar gaji bulanan sebanyak RM 400,000 sebulan, beliau masih tidah dapat memastikan semua rakyat Selangor mendapat bekalan air terawat yang konsisten dari Syabas.
“Sebab apa saya tak nak bayar? Gaji itu dia tak buat kerja, dia dapat mana boleh. Saya tak boleh bagi gaji buta.
“Boleh jadi sebelum 2008 dia boleh dapat gaji buta tapi sekarang tak boleh sebab kalau tidak saya suruh rakyat semua pergi ke rumah dia tuntut duit itu.
“Saya mahukan rakyat dapat nilai untuk wang itu,” katanya dalam sidang media selepas majlis perjumpaan dengan pembeli rumah kos rendah di Bangunan Sebaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata, Kerajaan Selangor akan tetap mengambilalih pengurusan Syabas selepas syarikat konsesi air itu gagal memberikan perkhidmatan kepada pengguna sepertimana termaktub di dalam perjanjian antara ia dan Syabas.
Mengikut perjanjian itu pada 2004, Syabas, sebuah syarikat swasta, dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sistem rawatan dan pengedaran air di Selangor.
Beliau berkata, Kerajaan Selangor boleh mengambilalih pengurusan Syabas atau “step ini” apabila terbukti syarikat tersebut tidak mampu menjalankan tugasnya kepada pengguna air Selangor.
Baru-baru, Kerajaan Pusat bersetuju melantik sebuah jawatankuasa bagi merancang proses pengambilalihan itu.
Abdul Khalid berkata, apa yang penting semua pihak perlu bekerjasama dalam mencari penyelesaian isu air tersebut demi kepentingan rakyat di Selangor.
“Saya seorang professional walaupun saya ahli politik, tujuan saya bukan untuk menyalahkan sesiapa baik Syabas, Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Selangor.
“Pengguna kata dia nak air bersih, paip dia mesti ada air dengan harga yang terbaik. Tujuan saya apapun saya akan betulkan sehingga pengguna dapat perkhidmatan yang terbaik,” katanya.


Friday, July 20, 2012

DEBAT PRU13: UMNO VS PAS - FATHUL BARI VS NASRUDIN

Sejak kebelakangan ini kita lihat ada sedikit perubahan arus politik negara demi memperlihatkan kepada rakyat negara bahawa ketelusan kerajaan mahupun pembangkang. Sifat sebegini memang telah lama dinantikan rakyat agar mereka dapat menilai dengan sendiri kedua-dua pihak tanpa berselindung. Ini satu perubahan yang sehat keatas era politik moden yang matang negara Malaysia.
Dalam arus kemajuan yang pesat dan kecangihan teknologi negara dan dunia semasa maka sudah tentunya anak-anak mudalah yang menjadi majoriti penyokong dan sudah tentu mereka ini yang berpotensi dan berpengaruh merubah dan menentukan siapakah yang bakal mentadbir negara dan memenangi PRU13.Ini adalah kerana hampir 50 peratus pengundi adalah dari golongan anak-anak muda atau lebih di kenali golongan muda.Rata-rata mereka ini berumur antara 21 tahun sehingga 35 tahun dan mereka ini kebanyakan adalah celik teknologi dan amat matang untuk membandingkan dalam memilih siapa yang patut menjadi pemerintah selepas PRU13
Maka tidak hairanlah jika sekarang pihak kerajaan yang memerintah atau pihak pembangkang masing-masing cuba menarik anak-anak muda atau golongan muda ini menyertai atau memehak mereka.Apa yang kita harapkan golongan muda dapat mengunakan ketajaman dan akal fikiran mereka yang cerdik dan celik ini untuk membuat pilihan sebaiknya pada PRU13.
Juga apa yang kita harapkan agar pihak yang menang nanti jangan hanya mempergunakan golongan ini semasa meraih simpati untuk kemenagan mereka saja dan membiarkan golongan ini tanpa pembelaan setelah apa yang diimpikan mereka tercapai.
Tidak kira apa saja slogan yang dimainkan,namun apa yang kita harapkan semuanya akan menjadi nyta dan kemakmuran negara Malaysia dan rakyat berbilang bangsa tetap menjadi lambang gah di mata dunia.

Saturday, July 14, 2012

ANAK GADIS MELAYU SEMAKIN BERANI MENUNJUK2 SEKSI

Sebenarnya penyakit ini bukanlah benda yang baru dan sering berlaku di dalam masyarakat kita terutamanya masyarakat Melayu.Entah di mana silapnya boleh terjadi sedemikian rupa....Adakan kerana kita terlalu mengejar kemajuan atau kurangnya pendidikan agama yang diterapkan dan menjadi pendinding diri lalu tanpa segan silu melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya dikhalayak ramai demi semata2 ingin bersaing antara satu sama lain dan menunjukkan siapa yang lebih hebat. Yang amat menyedihkan lagi adalah kerana terjadi dikalangan anak gadis yang beragama Islam yang semacam tiada pedoman demi mengejar populariti dan dengan jalan singkat untuk mencapai sesuatu yang bukanlah menguntungkan bangsa.

Kononnya membuat kerja2 amal dan sanggup mengeksplotasikan diri dan susuk tubuh menjadi tatapan umum secara terbuka. Amat menyedihkan kerana yang tergila2 dengan budaya sebegini adalah golongan anak2 melayu yang pastinya beragam Islam dengan tanpa segan silu memperagakan diri tanpa sebarang sekatan.
Ini mungkin kisah lama, namun yang terbaru hari ini yang telah diberitakan dalam sebuah majalah metro tentang seorang gadis melayu yang menjadi penari gelek di sebuah restauran arab di ibu kota menjadi seorang penari untuk menghiburkan pengunjung restauran tersebut dengan tariannya dan mendapat bayaran lumayan mencecah RM8,000 sebulan sebagai imbuhan gaji.
Lihat saja dan fikirkanlah apa yang akan terjadi jika kita tidak berusaha untuk membendung gejala sebegini.Tepuk dada dan tanyalah Iman kita...

LELONGAN OREN DI KUALA LUMPUR HARI INI

Maka seperti yang di katakan semalam...Perhimpunan Oren telahpun menutup tirainya hari ini dengan atas dasar untuk menyerahkan Memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong Di Istana Negara.
Di katakan seramai 5,000 orang peserta mengikuti Himpunan Oren ini yang berjalan dan berarak dari pintu Masjid Wilayah Persekutuan untuk menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan Memorandum kepada Yang  Di Pertuan Agong bagi membantah atas beberapa perkara terhadap Felda.

Perarakan yang bermula jam 2.20 petang itu di ketuai oleh Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Peneroka  Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan Naib Presiden Salahuddin Ayub.

Sambil berarak mereka melaungkan slogan '' Pecat Isa Samad'', '' Bebas Peneroka '', dan " Hancur Najib".
Peserta perarakan di kawal ketat oleh Anggota Unit Amal Pas yang membuat rantaian manusia dibahagian hadapan.

Gambar ini menunjukkan peserta Perhimpunan Oren sedang berarak menuju Istana Negara yang bermula dari Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah dan seterusnya ke Jalan Dutamas 1-Jalan Sri Hartamas 1.
Pehak Polis Diraja Malaysia telah membuat sekatan lebih kurang 600 meter daripada Istana Negara sepertimana yang dipersetujui mereka semalam antara Penganjur dan Pehak Polis.


Tapi seperti apa yang dilihat dalam gambar di atas, ,asih ada juga peserta yang membawa kanak2 dalam perhimpunan walhal telah dimaktubkan dalam apa jua perhimpunan kanak2 adalah dilarang untuk turut serta atau dibawa bersama apatah lagi mereka yang berumur dibawah 15 tahun.Bagi pehak polis mereka akan menyiasat perkara ini dan akan membuat tindakan susulan kemudian.
Perhimpunan ini dikatakan aman seperti yang dirancangkan dan tidak ada apa2 kekecohan yang tidak diingini berlaku.
Mazlan Alimin yang mengetui perhimpunan ini berucap kepada para peserta bahawa mereka akan melawan "Habis-Habisan" walaupun FGVH telah tersenai di Bursa Saham Malaysia.Katanya lagi selagi BN tidak membatalkan penyenaraian FGVH mereka tidak akan berhenti melawan habis-habisan katanya.Mereka juga akan menyaman Najib mungkin RM80 juta atas kerana kata mereka PM Najib telah mengeluarkan dan mengelarkan mereka yang terlibat seramai 8 orang ini sebagai Haram Jadah. Kata mereka lagi bahawa setakat ini para peguam mereka sedang meneliti pada peringkat akhir untuk menyaman Suruhanjaya Sekuriti atas sebab membenarkan penyenaraian.
Gambar di atas kelihatan Unit Anggota Amal Pas sentiasa membuat pemantauan dan rantaian manusia untuk memastikan tidak ada apa2 kejadian yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan ini.

Gambar dibawah ini pula menunjukkan Mazlan menunjukkan Memorandun yang akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dan disebelahnya kelihatan Mohamad Sabu.

Antara kandungan Memorandun mereka adalah seperti berikut:

- Felda Global Ventura Holdings (FGVH) didakwa menyebabkan pemilikan dan penguasaan peneroka   keatas tanah felda dan aset yang lain berpindah kepada pelabur dan bukan peneroka.

- Pemajakan tanah felda kepda syarikat swasta didakwa menyalahi Akta Penempatan Berkelompok ( Group Settlement Act ) 1960.

- Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad hilang intergriti apabila dijatuhi hukuman bersalah oleh Lembaga Displin Umno kerana didakwa terlibat dengan rasuah.

Mazlan dalam sidang medianya selepas itu mengucapkan terima kasih kepada pehak Polis Diraja Malaysia atas kerjasama mengawal perhimpunan tersebut dengan baiknya sehinggalah mereka bersurai tepat jam 4 petang.


UDANG VS KONDOMINIUM...SIAPA YG MENANG DAN BENAR?


MACAM2 HAL SEKARANG NIE...UDANG VS KONDOMINIUM PUN ADA...ENTAHLAH APA NAK JADI DGN. MEREKA2 NIE YG KITA HARAP-HARAPKAN MENJADI WAKIL PEMBELA KITA INSAN YG BERGELAR RAKYAT...TAPI LIHAT DAN RENUNGKAN LAH APA YG MEREKA BELA UNTUK KITA SEMUA...TEPUK DADA TANYA AKAL FIKIRAN KITA YG MASIH WARAS NI...JANGAN SAMPAI KAMI SEMUA RAKYAT TIDAK LAGI MEMBERI SOKONGAN KEPADA ANDA SEMUA UTK MEMBELA KAMI LAGI DI MASA AKAN DATANG!!!!!!

Noh dakwa penyelewengan 2 perumahan di Sekinchan
8:52PM Jul 13 2012 
Anggota Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar hari ini mendakwa berlaku penyelewengan dalam dua projek perumahan di Sekinchan di Tanjong Karang, termasuk melanggar dasar yang ditetapkan pihak berkuasa.

Beliau mendakwa projek pembinaan Kondominium Sekinchan Perdana di sini dibina tidak mengikut dasar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) yang menetapkan setiap pembinaan di atas 0.4 hektar tanah hanya boleh membabitkan 60 unit rumah.

"Malah mengikut dasar itu, rumah yang dibina tidak boleh melebihi 12 tingkat," dakwa Noh dalam satu sidang media selepas melancarkan dua produk Agrobank Paddy-i dan Paddy Cash-i di Tanjong Karang hari ini.

Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, mendakwa pembinaan kondominium itu membabitkan 94 unit rumah dengan ketinggian 18 tingkat jelas tidak mengikut dasar yang ditetapkan JPBD.

Beliau turut mempersoalkan penjualan 24 unit rumah di Pangsapuri Damai di Taman Sekinchan Damai yang sepatutnya diperuntukkan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam tetapi dijual kepada sebuah syarikat swasta. 

"Saya bertanya dan saya harapkan jawapan. Ini bukan tuduhan tetapi pertanyaan yang memerlukan penjelasan," kata Noh, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Noh berkata ADUN Sekinchan Ng Sue Lim perlu memberi penjelasan mengenai perkara itu memandangkan projek berkenaan berada dalam kawasannya.

Noh berkata perkara itu juga sepatutnya dibawa ke Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) sekiranya kerajaan negeri benar-benar mengutamakan ketelusan.

-Bernama




Penternak udang: Noh Omar cuma tuan tanah
  • Wong Teck Ch
  • 11:30AM Jul 13 2012
 
Pengarah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd Chu Bak Teck menafikan dakwaan bahawa beliau bekerjasama dengan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dalam perusahaan menternak udang.

Chu ketika dihubungi malam tadi berkata, Noh hanyalah pemilik kepada sebahagian daripada tanah 100 ekar yang menjadi tapak projek ternakan udang di Tanjung Karang itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Chu berkata syarikatnya merupakan penyewa tanah berkenaan.

Katanya, beliau terkejut apabila syarikatnya diheret ke dalam kancah politik di antara ADUN Sekinchan Ng Suee Lim dan Noh yang merupakan MP Tanjung Karang dan juga menteri pertanian dan industri asas tani.

"Saya tidak faham mengapa (Ng) kata perkata seperti itu dalam DUN. Saya terkejut. Kenapa dia buat begitu? Ini (kerja) gila," katanya.
[Baca berita penuh]



DAP dakwa ada projek udang atas 30 ekar tanah Noh Omar
  • Leven Woon
  • 8:13PM Jul 12 2012
 
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang pada tahun lalu.

Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang - seluas kira-kira 15 padang bola - yang dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.

NONEDalam perjanjian tersebut, Noh memberi kebenaran kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk mengusahakan ternakan udang di tanah tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.

Perkara itu jelas merupakan satu konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio menteri berkenaan, dakwa Ng.

Ng membuat pendedahan tersebut ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka. Usul itu kemudiannya diluluskan.

Seorang pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah berkenaan.
Chua berkata, tanah milik Noh itu adalah sebahagian daripada tempat ternakan udang itu yang seluas 100 ekar.
Usaha untuk menghubungi Noh bagi mendapat komen beliau tidak berhasil manakala soalan mengenainya melalui SMS belum dijawab.
Berdasarkan dokumen rasmi dari Ng kemudiannya, Noh telah membeli tanah tersebut, Lot 26426 di Bagan Tengkorak, pada tahun 1995.

Satu sijil pemilikan dikeluarkan oleh Pendaftar Hakmilik Tanah Selangor pada September 2009, lima bulan selepas Noh telah dilantik ke jawatan kabinet sekarang.
[Baca berita penuh]





HIMPUNAN OREN ESOK...MACAM2 WARNA HIMPUNAN KAT MALAYSIA NIE...KUNING...HIJAU...OREN...LEPAS NIE NTAH APA LAGI...


Polis benar Himpunan Oren berarak esok
  • Abdul Rahim Sabri
  • 5:31PM Jul 13 2012
 
Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan ke Istana Negara dalam Himpunan Oren esok.

Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian dengan kawalan ketat pasukan polis dan Unit Amal PAS sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara.

NONEMazlan (berbaju warna jingga)berkata demikian selepas perbincangan dengan pihak polis di Balai Polis Kepong selama hampir dua jam petang ini.

Difahamkan, perarakan sejauh lebih 3 kilometer itu akan bermula di perkarangan letak kereta kompleks mahkamah Jalan Duta, melalui Jalan Sri Hartamas dan seterusnya menuju pintu ketiga Istana Negara.

Menjelaskan laluan perhimpunan itu, Mazlan berkata pihaknya akan berhimpun di tempat letak kereta di luar kompleks mahkamah Jalan Duta selepas solat Zohor dan hajat kemudian disusuli dengan ucapan pemimpin GSF dan wakil peneroka sebelum berarak ke Istana Negara.
"Kita tidak berada di laluan utama, kerana mungkin menyebabkan gangguan jalan raya... Jalan tak ditutup," kata Mazlan sambil menambah sebanyak 1,000 anggota Unit Amal dikerahkan mengawal lalu lintas.

NONEMazlan yang juga presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) berkata daripada jarak 600 meter itu, seramai lapan orang wakil mereka yang dipersetujui oleh pihak Istana akan diiringi polis untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, polis juga membenarkan pemberita berada di pintu Istana itu dan GSF akan mengadakan sidang media selepas menghantar memorandum tersebut di situ.

"Atas persetujuan bersama, kalau ada unsur provokasi daripada pihak luar, kita menyerahkan (perkara itu) kepada polis untuk mengambil tindakan tegas," katanya.

Mazlan berkata polis dalam pertemuan tersebut pada awalnya tidak mahu mereka berarak, namun kemudiannya bertukar pandangan apabila wakil GSF menekan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain, selepas lebih lapan bulan "gagal mendapat respon daripada kerajaan".

Sehubungan itu, Mazlan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis khususnya kepada Ketua Polis Sentul Zakaria Pagan dan Ketua Polis Brickfields Wan Abd Bari berhubung kebenaran tersebut.

Mazlan turut menjelaskan, polis juga membenarkan peserta meletak kenderaan di tempat letak kereta di bangunan Matrade yang akan dan dipantau keselamatannya.

GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.
VIDEO | 9.23 min

Friday, July 13, 2012

SPRM diminta siasat beli tanah lombong RM87.7juta - KENAPA BARU SEKARANG?????

SPRM diminta siasat beli tanah lombong RM87.7juta

Inilah dia lepas satu.stau lagi kena korek dan macam2 skandal yang ada dalam kerajaan Negeri Selangor.
Sebenarnya bukan apa ini semua adalah gimik dan sebab PRU13 dah dekat,jadi macam2 akan keluarlah.Tak kira dari pihak kerajaan yang memerintah atau dari pembangkang semata2 mahu meraih sokongan dan menjatuhkan antara satu sama lain. Kalau betul2 ikhlas untuk memberitahu atau untuk keadilan semua rakyat kenapa baru sekarang nak di bongkar cerita sebegini?Kenapa bila nak pilihanraya baru nak di siasat? Banyak perkara yang berlaku ni sudah bertahun2 tanpa ada sesiapa nak ambil peduli atau cuba bongkarkan demi rakyat?
Jadi sebenarnya apa yang digembur-gemburkan ini sebenarnaya ada tujuan kepentingan peribadi masing2,baik pihak pemerintah mahupun pembangkang.Marilah kita fikir-fikirkan dengan akal yang waras...

Wednesday, July 11, 2012

Monday, July 2, 2012

uncleseekers: Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 60)

uncleseekers: Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 60): Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 60) Peguam Kamal Hisham Jaafar Jawab Kesemua Soalan Aku. Kamal Hisham Jaafar CAYA LAH LU BRO!  K...